Bila sentuh soal kecantikkan ni tak lain tak bukan mesti terfikirkan kaum hawa sahaja kan .. jangan pelik tau kaum adam skrg ni pun tak kalah juga dalam soal menjaga kecantikkan. Zaman sekarang semua bekerjaya ,jadi penampilan tu merupakan watak utama yg harus dititik beratkan.Dalam seharian penjagaan wajah haruslah dijaga dengan sempurna tambah-tambah bagi kaum wanita.
KEBAIKKAN MASKER UNTUK KECANTIKAN WAJAH
Amalan Masker Di wajah - banyak sebenarnya bahan dan cara yg digunakan untuk dijadikan masker di wajah. Kebanyakannya petua-petua tradisional yg masih diguna pakai hingga ke sekarang.
Jadi Cik Yaya nak share untuk anda semua contoh-contoh masker yg boleh dibuat di rumah :)
MASKER KACANG HIJAU - Selain sedap dibuat manisan seperti bubur kacang ,aiskrim dan sebagainya ,ketahui juga bahawa kacang hijau sebenarnya sangat baik untuk mslh JERAWAT.Caranya mudah sahaja iaitu tumbuh 2 sudu kacang hijau sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan yogurt asli . Sapu pada wajah dan biarkan hingga kering . Bilas dengan air
MASKER KUNYIT - Seperti yang kita ketahui kunyit juga merupakan antiseptik yg terbaik untuk merawat mslh jerawat. Lagi menarik dengan mengamalkan masker kunyit sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu dapat mengurangkan kedutan halus di wajah dan kecutkan jerawat.Caranya gaulkan serbuk kunyit dengan yogurt dan sapu pada wajah ..Biarkan 15 minit dan boleh cuci dengan pencuci muka supaya hilangkan kesan2 kuning.
MASKER PUTIH TELUR & MADU - Bagi yang memiliki kulit normal tidak semestinya anda selamat dari menajaga kecantikan wajah.Kebaikan masker putih telur ini adalah untuk mencerahkan kulit ,melembutkan,menegangkan kulit wajah,menghindarkan jerawat dari tumbuh dan menyegarkan wajah.Dan madu adalah salah satu bahan alami paling tepat untuk itu semua. Madu mempunyai kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi.Cara nya mudah saja ,campurkan putih telur dengan madu asli ,sebatikan dan oleskan pada wajah. Biarkan ia mengering dan basuh muka dengan air suam . Lakukan setiap hari untuk dapatkan hasil yg berkesan .
Cik Yaya harap anda semua amalkan tips ini ya ..sebab ianya mudah didapati dan boleh dilakukan di rumah sahaja .. sambungan di entri yang lain pula bersama Cik Yaya okay ! ;)
Terima kasih sudi membaca .
No comments:
Post a Comment